Video: Suami Isi Konkrit Dalam Kereta Isteri
MOSCOW – Seorang lelaki di Rusia mengambil pendekatan luar
biasa untuk ‘mengajar’ isteri sendiri yang menukar nama tanpa pengetahuannya,
dengan memenuhkan konkrit ke dalam kereta milik pasangannya itu.
Dalam satu rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit,
lelaki yang tidak dinamakan itu, dilihat mengarahkan sebuah trak simen untuk
mengambil kedudukan sebelum memasukkan konkrit ke dalam kereta isterinya
menerusi tingkap.
Video berkenaan yang menjadi tular dalam laman sosial,
mencetuskan persoalan mengapa lelaki itu bertindak sedemikian.
Menurut laporan portal Oddity Central, pasangan itu didapati
berselisih faham apabila si isteri didapati menukar nama tanpa kebenarkan
suaminya semata-mata mahu mendapatkan harga promosi di sebuah pasar raya di
Saint Petersburg.
Pasar raya Veniy, menawarkan ganjaran sebanyak 50,000 rubles
(RM3,904) sebulan kepada pelanggan yang sanggp menukar nama kepada nama produk
yang dipasarkan.
Disebabkan tawaran itu, wanita berkenaan mengambil keputusan
untuk menukar namanya tanpa pengetahuan si suami.
Tindakan wanita itu membuatkan suaminya berang dan mengambil
keputusan memasukkan konkrit ke dalam kereta yang sangat disayangi oleh
isterinya.
Difahamkan, kereta itu diletakkan di luar pasar raya
berkenaan dan isteri lelaki tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan
berhubung tindakan suaminya. – mstar
Ulasan
Catat Ulasan