Pemandu Rempuh Penunggang Basikal Minta Bantuan Orang Ramai Biayai Yuran Guamannya
Masih ingatkan pemandu yang telah melanggar penunggang berbasikal yang telah mengorbankan 8 orang dalam kejadian tersebut.
Walaupun kejadian tersebut sudah tiga bulan berlalu, namun ianya masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia kerana kemalangan ngeri tersebut mengundang pilu di kalangan rakyat.
Ketika ini kes tersebut masih berjalan lagi di makhamah, semakin panjang kes ini semakin banyak kos yang perlu ditanggung.
Baru-baru ini dipetik dari Free Malaysia Today, pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang
mengorbankan 8 penunggang basikal pada Februari lalu, dilaporkan meminta
bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya yang semakin meningkat.
Sam Ke Ting, 22 tahun, telah memuat naik status di Facebooknya yang
meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM60,000 untuk
membiayai yuran guaman.
“Semua simpanan keluarga saya habis digunakan untuk membantu
saya membiayai kos ini,” katanya.
Berdasarkan status terkini Facebooknya, difahamkan Sam telah
memperoleh amaun yang diperlukan.
Dalam kejadian 18 Februari lalu, Sam didakwa merempuh
sekumpulan 30 hingga 40 penunggang basikal yang meragut 8 nyawa dan
mencederakan 8 yang lain.
Penunggang basikal berusia 13 hingga 17 tahun itu dipercayai
menghalang beberapa laluan jalan raya di Jalan Lingkaran Dalam.
Ulasan
Catat Ulasan