"Saya Suka Mengajar Dan Juga Seks", Guru Jadi Pelakon Lucah Dipecat,

Menjadi seorang cikgu adalah merupakan satu kerjaya yang di pandang mulia kerana mereka inilah yang membantu mendidik anak-anak kita menjadi seorang yang berjaya.

Sebagai seorang cikgu setiap tindak tanduknya serta perbuatannya akan menjadi ikutan buat anak murid yang memandang guru itu sebagai ikon atau role model buat mereka.

Tetapi bagaimana jika cikgu itu sendiri yang melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya, bagaimana dia mahu mendidik anak muridnya menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan.

Seperti yang berlaku kepada seorang cikgu tadika di salah sebuah tadika di Los Angeles yang dikenali sebagai Nina Skye berusia 21 tahun yang didapati terlibat secara langsung dengan penerbitan filem lucah.

Nina terpaksa dipecat daripada kerjaya cikgunya apabila dia enggan berhenti daripada terus menjadi pelakon filem lucah dan lebih memilih untuk bekerja sebagai pelakon filem lucah apabila dia telah ditawarkan dengan upah yang agak lumayan iaitu RM14,000 pada satu-satu masa.

Kegiatan cikgu berkenaan telah terbongkar melalui filem Amateur Allure dan Swallow Salon yang telah dilakonkannya menyebabkan dia di panggil supaya menghadap pengetua tadika tempatnya bekerja.

Ketika berdepan dengan pengetua tadika terbabit, Nina cuba membela kerjayanya sebagai pelakon lucah kerana baginya pekerjaannya itu langsung tidak menganggu tugasnya sebagai cikgu dan tidak salah jika dia terus mengajar di tadika terbabit kerana dia merupakan seorang guru yang bagus.

Nina agak berkeberatan untuk meninggalkan industri filem lucah terbabit apabila dia memberitahu bahawa dia sememangnya suka mengajar tetapi dia juga amat sukakan seks.

Nina mengatakan bahawa dia berfikiran terbuka dan dia juga tidak suka menilai orang, dia juga turut memberitahu bahawa dia tidak pernah memegang duit sebanyak itu sehinggalah dia terlibat dengan filem lucah ini.

Nina juga turut menolak bantuan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan tadika berkenaan dalam usaha membantunya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.